KOMPUTER DAN PENDIDIKAN
Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia
menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi
“... a wide set of applications and
processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and
digital collaboration ".
Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan
pelbagai media dan teknologi mutakhir.
E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing
permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.
i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan
peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.
Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang
tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar
ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan
seperti berada di negara berbahasa Melayu.
ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru
bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Anda boleh membaca petikan penuh di http://webhost.tsu.ac.th/smuhammad/pdf/Penggunaan%20Komputer%20dlm%20pengajaran%20bahasa.pdf
1 comment:
internet amat penting pada zaman ini
Post a Comment