Friday 15 July 2011

Koleksi Gambar Perkhemahan Sk Ulu Tawar

































































Guru-guru SK Ulu Tawar

Pic Of The Day (Warga SK Ulu Tawar)



Cikgu Ahmad A.K.A GB Sk Ulu Tawar



Cikgu Elias & Cikgu Norni




Dari kiri Cikgu Hayati,Cikgu Aisyah,Cikgu Yuslina,Cikgu Dishah,Cikgu Norni dan Ustazah Ummi




Dari kiri Ustaz Zul,Cikgu Merlina,Cikgu Pian,Cikgu Yusof,Cikgu Amin dan Cikgu Jai



Cikgu Yuslina & her daughter


Pasangan bahagia Cikgu Fendi & Cikgu Dishah



Cikgu Yusof bergaya ala2 model



Jangan Lupa Lirik - Cikgu Rohani



Cikgu Rodzi dengan gaya machonya



Persembahan magic dari Cikgu Amin



Cikgu Aisyah sedang melayan perasaan



Cikgu Azainizan Aziz A.K.A Cikgu Jai



SK Ulu Tawar Next Top Model....Cikgu Abdullah 



Cikgu Syamsul dalam dunia khayalannya




Dari sebelah kiri Cikgu Dishah & Ustazah Fazlina




Ustazah Ummi merupakan peserta akhir Akademi Fantasia 7







Kenapa Guru Perlu Dihormati????

Lawak Cikgu













PART I


Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


PART II


Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III


Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V



Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Ciri-ciri Guru Yang Baik

















Guru yang biasa saja - membaca
Guru yang sderhana - menjelaskan
Guru yang baik - memerincikan
Guru yang terbaik - memberi inspirasi!

Jadi, guru yang paling baik itu, bukan sekadar bekerja sebagai orang yang memberi tahu, tapi dia juga membantu membentuk kepribadian muridnya.
Dia menjadi teladan. Bukan hanya membuat murid mengerti apa yang diajarkan, tapi memacu murid menjadi untuk lebih baik. InsyaAllah semoga kita ssemua dapat menjadi guru yang baik.

Saturday 4 June 2011

Bahan ABM untuk subjek Bahasa Melayu


Ini antara contoh bahan yang boleh kita gunakan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu topik Kata Nama...Penggunaan bahan yang menarik mampu menarik minat murid dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa




KOMPUTER DAN PENDIDIKAN 


Apa itu E-Pendidikan?

Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia
menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi 

“... a wide set of applications and
processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and
digital collaboration ". 

Justeru  itu,  e-pendidikan  merupakan cara pembelajaran yang menggunakan
pelbagai media dan teknologi mutakhir.


E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing
permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.

i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan
peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.
Justeru itu, e-pendidikan paling  sesuai dilaksanakan untuk  pelajar bahasa asing yang
tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar
ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan
seperti berada di negara berbahasa Melayu.

ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi  yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru
bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.