Saturday, 4 June 2011

Bahan ABM untuk subjek Bahasa Melayu


Ini antara contoh bahan yang boleh kita gunakan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu topik Kata Nama...Penggunaan bahan yang menarik mampu menarik minat murid dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa




KOMPUTER DAN PENDIDIKAN 


Apa itu E-Pendidikan?

Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia
menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi 

“... a wide set of applications and
processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and
digital collaboration ". 

Justeru  itu,  e-pendidikan  merupakan cara pembelajaran yang menggunakan
pelbagai media dan teknologi mutakhir.


E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing
permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.

i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan
peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.
Justeru itu, e-pendidikan paling  sesuai dilaksanakan untuk  pelajar bahasa asing yang
tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar
ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan
seperti berada di negara berbahasa Melayu.

ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet
diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi  yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru
bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.
Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.

Welcome....




Dah lama dah x sentuh blog...tup tap tup tap dapat assignment soh buat blog balik...pelan2 cuba igt2 balik...sambil2 dok pekena kopi tue bukak2 laptop....main2 design blog ni...nanti2 bila ada masa lapang..baru nak design elok2...buat kawan2 UUM semua..kalau ada sebarang kemusyikilan...kita pakat2 bincang2 laa yerr...x rugi tolong org..kerana org yg suka tolong org...InsyaAllah org lain pun akan tolong dia..:)